‘Saya tidak dengar bunyi letupan, tiada percikan api’

“Kejadian itu berlaku dalam sekelip mata. Saya nampak dua pesawat itu berselisih di bahagian belakang dan berpusing sekejap sebelum menjunam jatuh.”

Demikian kata saksi kejadian dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, di sini hari ini yang mengorbankan 10 anggota TLDM.

“Ketika itu saya nampak dua helikopter berkenaan berselisih di bahagian ekor dan kipas sebelum berpusing dan menjunam jatuh kurang daripada satu saat.

“Saya tidak dengar bunyi letupan dan juga tiada percikan api namun apabila terjatuh ke darat saya dapat lihat ada serpihan (bahagian pesawat yang jatuh) dan asap sebelum asap itu hilang,” katanya yang enggan dikenali kepada Harian Metro.

BACA INI JUGA:  Siswi SMA di Maluku Jadi Korban Pemerkosaan Ayah Kandungnya

Katanya, dia terkejut dan terkedu melihat kejadian itu yang baru pertama kali dilihat di depan mata sendiri dan mengakui dia mahu cuba membantu namun semua mangsa tidak dapat diselamatkan.

“Suasana ketika itu memang gempar tetapi terkawal. Bantuan perubatan memang sentiasa bersedia setiap kali raptai dilakukan,” katanya.

Dalam kejadian 9.30 pagi, dua helikopter yang menjalani raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 sempena Hari Terbuka Armada di Pangkalan TLDM Lumut dilaporkan bertembung dan terhempas sekali gus mengorbankan 10 anggota dan pegawai.

BACA INI JUGA:  Haji Muhammad Son Viral di Twitter, Apa Hubungannya dengan Heung Min Son Pesepakbola Korea?

Mereka yang terkorban dari HOM-AW139 dikenal pasti sebagai Kdr Muhammad Firdaus Ramli; Lt Kdr Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin; Lt Kdr Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi; PW II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun; PW II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy; BM TNL Noor Rahiza binti Anuar (Penumpang) dan LK I JJM Joanna Felicia anak Rohna.

Manakala dari pesawat Fennec dikenal pasti Kdr Muhamad Amir Mohamad; Lt T Sivasutan dan PW II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

BACA INI JUGA:  Anda Kenal 9 Orang Anggota Kelompok Ali Kalora ini?

INFO:

Spesifikasi Helikopter Fennec (AS 555 SN)

Helikopter Fennec
Helikopter Fennec

Nama pasukan: Skuadron 502

Negara Pengeluar: Perancis

Syarikat pengeluar: Eurocopter

Panjang: 10.93 meter

Lebar: 2.28 meter

Kelajuan: 150 knots

Sesaran: 5.3 meter

Jumlah kru: 3 orang


Spesifikasi Helikopter AW139 (HOM)

503-HOM
503-HOM

Nama pasukan: Skuadron 503

Jenis: AW139

Negara pengeluar: Itali

Syarikat pengeluar: Leonardo Helicopter

Jumlah kru: Empat orang

Kelajuan maksimum: 167 knots

Kelajuan standard: 130 knots

Durasi penerbangan: Empat jam

Jarak: 550 batu nautika